Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program Repoh Mega Cleaning 8 Februari 2020

Program Repoh Mega Cleaning 8 Februari 2020

PPN Perlis telah membuka kaunter semakan eKasih pada 8 Februari 2020 atas jemputan Pusat Khidmat Rakyat Dun Sena bersempena Program Repoh Mega Cleaning 2020. Program yang bermula jam 8.00 pagi ini menyasarkan penduduk setempat bagi aktiviti gotong-royong dan seterusnya peserta boleh membuat semakan dan pertanyaan berkaitan eKasih di kaunter PPN Perlis.

Program yang turut dihadiri oleh KWSP, TNB dan PERKESO ini juga turut membuat hebahan berkaitan kepentingan caruman iSuri dan bantuan rebat bil elektrik RM 40 untuk makluman umum. Program ini tamat jam 1.00 petang dan dirasmikan oleh YB Tuan Asrul Nizan Bin Abd Jalil ADUN Sena.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 08/02/2020

78 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari