Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Taklimat Peranan Dan Fungsi PPN Perlis Dalam Skop eKasih

Taklimat Peranan Dan Fungsi PPN Perlis Dalam Skop eKasih

Satu sesi taklimat dan penerangan berkaitan fungsi dan peranan PPNPs dalam skop eKasih telah dijalankan pada 25 Julai 2020 bertempat di Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi itu menyasarkan penduduk sekitar Kuala Perlis untuk menerangkan dan menjelaskan maklumat berkaitan pangkalan data eKasih, tatacara yang betul dan syarat kelayakan mendaftar eKasih supaya memudahkan penduduk Kuala Perlis mendaftar eKasih sebagai salah satu syarat dalam memohon bantuan kerajaan.

Program ini turut dihadiri oleh Jabatan Kebajikan Malaysia Negeri Perlis yang turut memberi penerangan berkaitan syarat dan kelayakan untuk setiap bantuan yang ditawarkan oleh JKM. Sesi ini tamat pada jam 12.00 tengah hari dan dirasmikan oleh YB Azam Bin Karap ADUN Kuala Perlis.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 25/07/2020

128 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari