Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Lawatan Kerja YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara Ke Tapak Pembinaan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Dan Makmal UniMAP

Lawatan Kerja YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara Ke Tapak Pembinaan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan Dan Makmal UniMAP

Kangar, 4 Julai 2020 – YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengetuai lawatan kerja ke  tapak projek di UniMAP Pauh, Perlis. Lawatan turut  disertai oleh  YBhg. Datuk Nor Azri bin Zulfakar, Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg Dato’ Seri Dr. Mazlan bin Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, YBrs. Prof.Ir.Ts. Dr. R Badlishah bin Ahmad, Naib Canselor UniMAP, serta wakil  jabatan dan agensi berkaitan adalah bertujuan untuk meninjau permasalahan yang dihadapi oleh agensi pelaksana dalam  menyiapkan projek selain kesan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap sektor pembinaan.

Kos kontrak bagi projek ini berjumlah RM 102.57 juta dan berstatus projek lewat jadual. Projek dijangka siap pada 12 Ogos 2020, namun dengan prestasi fizikal semasa  35% berbanding jadual 79.5% adalah sukar untuk dipenuhi oleh pihak kontraktor. Projek akan dibawa ke CCP JKR pada 20 Julai 2020 untuk penilaian semula.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pemantauan
Kemas kini 07/07/2020

215 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari