Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2020
Lawatan Kerja YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara Ke Negeri Perlis

Lawatan Kerja YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara  Ke Negeri Perlis

Kangar,  4 Julai 2020 : YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah meluangkan masa menziarahi mangsa kebakaran, En Rahim bin Bakar di Kampong Dato’ Ahmad Musa, Simpang Empat, Perlis. Lawatan turut disertai oleh YBhg. Datuk Nor Azri bin Zulfakar, Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg Tuan Azman bin Mohd Yusof, Setiausaha kerajaan Negeri Perlis,  serta wakil Jabatan dan agensi berkaitan.

Kejadian yang berlaku pada 11 Jun 2020 jam 10.00 pagi telah memusnahkan keseluruhan rumah dan harta bendanya. Lebih menyedihkan apabila En. Rahim mengidap penyakit jantung dan isterinya pula mengidap penyakit kanser paru-paru tahap empat. Keluarga ini  adalah dibawah kategori miskin dalam sistem ekasih yang mana pendapatan mereka bergantung kepada bantuan bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majils Agama Islam Negeri Perlis (MAIPs) . Pihak Majlis MAIPs akan membiayai pembinaan rumah keluarga ini dan PPN Perlis akan menampung sebahagian kos persediaan tapak rumah tersebut. YBhg Datuk Seri KSN telah menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban yang ditanggung keluarga ini.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 07/07/2020

382 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari