Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2020
Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Perlis (MTPNG) Bil 1 Tahun 2020

Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Perlis (MTPNG) Bil 1 Tahun 2020

Kangar, 2 Julai 2020 - Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Perlis bilangan 1 Tahun 2020 telah diadakan yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis. Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg Datuk Nor Azri bin Zulfakar, Ketua Pengarah ICU JPM selaku Timbalan Pengerusi MTPNg. Mesyuarat ini diadakan selaras dengan Arahan No. 1 2020 Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2020. Antara lain MPTNg turut membincangkan sejumlah 113 projek pembangunan RMK- 11, RP4-2020 dengan peruntukan berjumlah RM266.30 juta dan perbelanjaan sebanyak RM 27.46 juta (10.30%). Selain itu implikasi dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19 yang memberikan kesan kepada semua aktiviti termasuk kesan terhadap pelaksanaan projek-projek pembangunan turut dibincangkan.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pemantauan
Kemas kini 07/07/2020

280 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari