Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembangunan RMKe-11

Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembangunan RMKe-11

Seksyen Pemantauan telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembangunan Bil. 1/2020 pada hari Jumaat, 7 Februari 2020. Setiap jabatan dan agensi yang terlibat telah menghantar wakil pada mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Perlis. Mesyuarat ini diadakan bersempena fasa permulaan RP4 2020 dengan tujuan mendapatkan maklumat terkini daripada jabatan dan agensi di negeri Perlis. Mesyuarat turut membincangkan berkenaan projek yang tamat pada tahun 2019, projek baru dan projek sedia ada pada tahun 2020. Pelbagai maklumat bermanfaat diterima dan diambil maklum dalam mesyuarat ini. Isu dan masalah yang timbul juga telah dapat diselesaikan dengan kerjasama antara pihak jabatan dan agensi yang berkaitan.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Norasyiqin binti Mohd Ariff
Kemas kini 07/02/2020

280 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari