Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Majlis Bersama Pengarah Pembangunan Negeri Bil.1/2020 Dan Amanat Tahun Baharu 2020

Majlis Bersama Pengarah Pembangunan Negeri Bil.1/2020 Dan Amanat Tahun Baharu 2020

6 Januari 2020: Telah menjadi kelaziman Pejabat Pembangunan Negeri Perlis untuk menganjurkan Amanat Tahun Baharu yang disampaikan oleh Encik Muhammad Hidayatullah Bin Nasrul, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perlis setiap awal tahun. Majlis ini merupakan platform untuk menyalurkan sebarang idea, motivasi serta pelbagai hasrat kepada warga PPN Perlis. Memetik amanat yang disampaikan oleh Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, antara kejayaan yang telah dicapai bersama tahun 2019 adalah melaksanakan PPN Perlis All Star, Green Office, No Wrong Door Policy dan juga perlindungan takaful kepada semua pembanci. Tuan pengarah mengharapkan pencapaian ini dapat memberi ilham kepada semua kakitangan untuk bekerja dengan lebih semangat dan mampu Meningkatkan Mutu Kerja Dan Produktiviti pada tahun 2020.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Azlina Binti Osman
Kemas kini 06/01/2020

351 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari