Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2019
Perhimpunan Bulanan Dan Amanat Tahun Baharu 2019

Perhimpunan Bulanan Dan Amanat Tahun Baharu 2019

11 Januari 2019: Telah menjadi kelaziman PPPN Perlis pada setiap tahun untuk menganjurkan Amanat Tahun Baharu yang disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Negeri (PKN), Mohd Zaki Abdul Rahman. Acara tahunan tersebut adalah penting dalam membolehkan PKN menyalurkan sebarang idea, motivasi serta pelbagai hasrat kepada warga PPPN Perlis.

Memetik amanat yang telah disampaikan oleh PKN, setiap kakitangan perlu lebih bersemangat dan berusaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta menanam keazaman yang tinggi untuk melunaskan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. Tahun baru juga adalah masa terbaik untuk setiap warga PPPN Perlis membuka lembaran baru dalam memastikan segala perancangan kerja bagi tahun 2019 dapat dicapai secara efektif. Sementara itu, PKN turut menyampaikan ucapan tahniah serta penghargaaan kepada kakitangan yang kini telah bertukar keluar dan masuk ke PPPN Perlis.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Hasrul Nizam Bin Hussin
Kemas kini 11/01/2019

409 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari