Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2019
Majlis Bersama Pengarah Pembangunan Negeri Bil.1/2019

Majlis Bersama Pengarah Pembangunan Negeri Bil.1/2019

24 April 2019 : Pejabat Pembangunan Negeri Perlis (PPN Perlis) telah mengadakan Majlis Bersama Pengarah bertempat di Bilik Gerakan Persekutuan. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perlis dan lagu Perkhidmatan Awam serta bacaan ikrar oleh Encik Mofet Shuhaimi dan bacaan doa oleh Encik Ku Hazrin. Majlis ini adalah pertama kali diadakan bersama pengarah yang baharu iaitu Encik Muhammad Hidayatullah Bin Nasrul. Tuan pengarah dalam ucapan beliau menyeru agar semua pegawai dan kakitangan PPN Perlis bersatu hati dan bekerja dalam satu kumpulan. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada atlet yang berjaya kutipan pingat dalam karnival sukan ICUJPM 2019 iaitu acara dart (Lelaki) dengan kutipan 1 perak dan 1 gangsa bagi acara congkak (wanita).
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Azlina binti Osman
Kemas kini 24/04/2019

444 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari