Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Majlis Bersama Pengarah Pembangunan Negeri Bil.5/2019

Majlis Bersama Pengarah Pembangunan Negeri Bil.5/2019

27 September 2019 : Pejabat Pembangunan Negeri Perlis (PPN Perlis) telah mengadakan Majlis Bersama Pengarah Pembangunan Negeri Bil.5/2019 di Bilik Gerakan Persekutuan. Majlis ini diadakan bersama dengan penganjuran majlis persaraan En. Muzammil bin Ahmad, Pembantu Tadbir, Seksyen Khas. Tuan pengarah dalam ucapan mengucapkan selamat bersara dan terima kasih atas jasa bakti beliau sepanjang berkhidmat di PPN Perlis serta mendoakan semoga sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta. Turut disampaikan Anugerah Bintang PPN Perlis kepada kakitangan terpilih dan tuan pengarah mengharapkan anugerah ini akan menjadi pembakar semangat semua kakitangan dalam menjalankan amanah.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Azlina binti Osman
Kemas kini 27/09/2019

296 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari