Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis Bil1/2019

Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis Bil1/2019

14 November 2019 - Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Negeri Perlis Bil 1/2019 telah dipengerusi oleh Encik Muhammad Hidayatullah Bin Nasrul, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perlis dan diadakan di bilik Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perlis. Mesyuarat secara berkala ini bertujuan untuk menyelaras dan mengemaskini maklumat-maklumat berkaitan program pembasmian kemiskinan di negeri Perlis. Berdasarkan maklumat eKasih bagi bulan November 2019, seramai 3 KIR telah dikategorikan sebagai miskin tegar dan 2,962 KIR sebagai kategori miskin. Pengarah Pembangunan Negeri telah menekankan bahawa isu kemiskinan merupakan isu yang merentasi ideologi politik dan merentasi seluruh negara. Isu kemiskinan juga harus diselesaikan secara menyeluruh atau holistik dan bukan sahaja setakat pemberian bantuan/ouput semata-mata kepada penerima. Mesyuarat telah dihadiri oleh seramai 24 orang yang mewakli 20 agensi/bahagian jabatan di seluruh negeri Perlis. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 5:45 petang dan dicadangkan agar mesyuarat akan datang diadakan pada suku pertama 2020.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Ku Hazrin bin Ku Halim
Kemas kini 14/11/2019

497 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari