Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2019
Program Pengukuhan Pasukan Dan Jati Diri 2019

Program Pengukuhan Pasukan Dan Jati Diri 2019

Program Pengukuhan Pasukan dan Jati Diri 2019 PPN Perlis telah diadakan pada 15 – 17 November 2019 bertempat di Pulau Pinang. Program ini dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu oleh Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri, En Ahmad Tarmizi bin Mohd Asarani. Pada hari kedua, program diteruskan dengan bengkel bertajuk Numerologi : Jom Kenal yang dikendalikan oleh Puan Hajah Aluyah binti Mohd Ali dan Art Therapy yang dikendalikan oleh Tuan Haji Othman bin Badrishah.

Program diteruskan dengan lawatan ke projek RMLT Bukit Bendera pada sebelah petang. PPN Perlis juga telah menyampaikan Anugerah Bintang kepada En. Mohd Zikri bin Had, Pn. Amalina Azyyati binti Moh Adib dan En. Mohamad Fauzi bin Ahmad yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang pada Majlis Jamuan Makan Malam yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pemantauan & Penilaian Pembangunan), YBhg. Datuk Dr Shahrazat binti Hj Ahmad. Program ini juga telah mendapat sentuhan daripada YBhg. Datuk Dr. Shahrazat yang mengendalikan sesi pengukuhan pasukan dan jati diri kepada semua kakitangan PPN Perlis.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Azlina binti Osman
Kemas kini 15/11/2019

646 Capaian

Pejabat Pembangunan Negeri Perlis
Tingkat 1, Blok B
Bangunan Dato’ Mahmud Mat
01000 Kangar
PERLIS

Tel : 04-973 1976
Faks: 04-9760809
Aktiviti 2020
September Ogos Julai Mei Februari Januari