Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Negeri Pahang. Semoga kewujudan laman ini mampu menjadi penghubung antara jabatan ini dan rakyat dengan memanfaatkan teknologi ICT. Menerusi laman ini juga, kita berharap agar komunikasi dan maklumat yang disalur adalah lebih pantas, mudah dicapai dan seterusnya meningkatkan prestasi penyampaian maklumat kepada rakyat.
Komitmen kami adalah memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, dan berintegriti melalui amalan urus tadbir yang terbaik dan berkesan berasaskan piagam pelanggan kami.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah suka seseorang daripada kamu jika dia melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh." (Hadis riwayat Muslim). Sesungguhnya kegemilangan sesuatu organisasi menagih banyak pengorbanan, kesungguhan serta usaha gigih semua pihak. Oleh itu, saya menyeru semua warga PPN Pahang khususnya untuk terus melipatgandakan usaha dan berganding bahu mencipta kegemilangan dengan menjadikan budaya cintakan kerjaya sebagai agenda utama dalam perkhidmatan agar kita mampu menepati kehendak pelanggan dan stakeholders.
Sekian, terima kasih.
YH. DATO' INDERA HAJI ZULKIFLI BIN HAJI YAACOB, SIMP,. DSAP., DIMP., AAP., AMP.
PENGARAH PEMBANGUNAN NEGERI PAHANG
1. YH. DATO' ABD RASHID BIN ABDULLAH | 1989 – 1992 | ||
2. YBHG. TAN SRI KHALID BIN RAMLI | 1992 - 1996 | ||
3. YH. DATO' HASHIM BIN ABDUL WAHAB | 1996 – 2001 | ||
4. YH. DATO' ZAINAL RAHIM BIN DATO' DARUS | 2001 – 2002 | ||
5. YH. DATO' WAN ABDULLAH BIN WAN SALLEH | 2002 – 2004 | ||
6. YH. DATO' ABDUL HASHIM BIN MOHD | 2004 - 2005 | ||
7. YH. DATO' NORZAN BIN AHMAD | 2005 - 2007 | ||
8. YH. DATO' DZUL-KIFLY BIN OSMAN | 2007 - 2014 | ||
9. YH. DATO' MAHADIAH BINTI MOHAMAD | 2014 – 2015 | ||
10. YH. DATO' MOHAMAD ROSLAN BIN HARUN | 2015 – 2016 |