Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Fungsi Seksyen

Fungsi Unit Pentadbiran
  1. Bertanggungjawab ke atas pengurusan am, perolehan dan stor, inventori harta modal, urusan penyelenggaraan dan pembaikan ruang pejabat serta peralatan.
  2. Melaksana arahan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA), keputusan Kerajaan dan keputusan Ibu Pejabat yang berkaitan dengan pentadbiran.
  3. Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus, Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) dan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK).
  4. Menyelaras urusan perkhidmatan dan personel anggota kontrak dan tetap. 
  5. Mengurus perkhidmatan logistik, keselamatan dan pentadbiran am.
  6. Mengurus majlis-majlis rasmi persekutuan di peringkat negeri yang melibatkan Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri dan Anggota Pentadbiran.

      Fungsi Unit Kewangan

  1. Mengurus dan mengawal belanjawan yang meliputi penyediaan dan pengemaskinian belanjawan tahunan, mengurus dan mengawal peruntukan, menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  2. Mengurus kewangan am yang meliputi pengurusan, penyelenggaraan dan memantau panjar wang runcit, mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer dan mengurus keselamatan peti besi atau bilik kebal di mana wang awam dan barang bernilai disimpan.
  3. Mengurus proses penerimaan yang meliputi menerima, merekod semua jenis wang awam dan mengeluarkan resit-resit rasmi Kerajaan, mengumpul dan menyerahkan laporan terimaan wang awam kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Pengawal dan menyedia penyata pemungut dan memasukkan terimaan ke bank.
  4. Menjadi urus setia Jawatankuasa Perolehan Persekutuan dan urus setia Jawatankuasa Sebut Harga Persekutuan.

     Fungsi Unit Teknologi Maklumat

  1. Mengurus sistem maklumat mengenai pelaksanaan program dan projek yang diluluskan di peringkat ibu pejabat, kementerian dan peringkat negeri secara berkesan.
  2. Menyelenggara sistem-sistem berkomputer bagi membantu menjayakan rancangan pembangunan teknologi maklumat yang lebih cekap dan berkesan dalam pengurusan projek-projek secara langsung dan tak langsung.
  3. Memberi latihan dan kefahaman tentang penggunaan IT dalam pengurusan projek kepada pegawai-pegawai yang terlibat tentang sistem dengan pengesanan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah diluluskan secara berterusan.
  4. Membudayakan penggunaan teknologi maklumat yang berkesan dalam pengurusan projek dan pengurusan pejabat.
  5. Memberi khidmat teknikal kepada agensi/jabatan peringkat negeri.
  6. Merancang keperluan IT di peringkat negeri.

  1. Menyelaras, mengesan dan menilai pelaksanaan dasar-dasar utama pembangunan negara dari segi strategi pelaksanaannya dan program/projek di bawahnya.
  2. Mengesan pelaksanaan program / projek pembangunan yang diluluskan oleh Kerajaan di bawah rancangan pembangunan negara melalui SPP II dan jentera penyelarasan pelaksanaan (Arahan No.1 2004).
  3. Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan projek-projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) di peringkat negeri.
  4. Melaporkan atau menyediakan ulasan kepada Majlis Tindakan Persekutuan Peringkat Negeri dan Jawatankuasa Kerja Tindakan Persekutuan Peringkat Negeri mengenai kemajuan, isu dan masalah pelaksanaan projek swasta secara berkala.
  5. Merancang dan melaksanakan tugas keurusetiaan dan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Peringkat Negeri dan Jawatankuasa Kerja Tindakan Persekutuan Peringkat Negeri.
  6. Memantau mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Pembangunan peringkat daerah.

  1. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan Projek Kecil di bawah Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri (OS 42000).
  2. Mengawal peruntukan, memantau dan melaporkan prestasi projek di bawah Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Senator, Ahli Parlimen, Projek Keagamaan dan Projek Kecil.
  3. Menyediakan ulasan ke atas permohonan yang dikemukakan oleh pemimpin tempatan, pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat awam.
  4. Mengurus peruntukan kecemasan/ bencana alam.
  5. Mengurus, menyelaras dan melaksana projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
  6. Mengurus, menyelaras dan melaksana projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
  7. Mengurus, menyelaras dan melaksana projek di bawah peruntukan Dana Khas Kerajaan Persekutuan.
  8. Menyediakan laporan-laporan Tindakan Khas.

  1. Menyediakan pelan strategi di peringkat negeri dan daerah serta merangka kajian dasar kemiskinan, kaedah pelaksanaan program dan pengurusan maklumat kemiskinan.
  2. Memantau dan menguruskan penyediaan rekod keseluruhan data perangkaan dan pemetaan kemiskinan serta memastikan kesahihan data dan analisis perangkaan kemiskinan seluruh negeri.
  3. Menguruskan tugas keurusetiaan jawatankuasa focus group dan Jawatankuasa Kemiskinan di peringkat negeri termasuk pengurusan laporan dan maklum balas kemajuan program pembasmian kemiskinan daripada jabatan yang terlibat.
  4. Mengurus laporan kepada jawatankuasa/kerajaan negeri dalam merancang, melaksanakan, memantau dan menilai semula kesan kepada program pembasmian kemiskinan bersama agensi yang terlibat dan juga pelaksanaan serta pemantauan melalui e-Kasih.
  5. Memantau dan menilai impak pelaksanaan program dan projek pembasmian kemiskinan.
  6. Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dan rintangan jika pelaksanaan program / projek menjejaskan objektif dasar pembasmian kemiskinan.
  7. Mengkaji semula sistem dan mekanisma pelaksanaan program/projek bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaanya dan mempercepatkan pencapaian pembasmian kemiskinan khususnya kemiskinan tegar.

Bahagian Ukur Bahan
  1. Menyelaras urusan pentadbiran kontrak projek-projek pembangunan untuk 19 Kementerian.
  2. Menyelaras dan menguruskan Pentadbiran Pra dan Pos Kontrak serta mengurus dan membuat perakuan tender untuk disetuju terima oleh Lembaga Tender.
  3. Menyelaras dan menguruskan pengeluaran Surat Setuju Terima Tender kepada Kontraktor yang berjaya.
  4. Menyelaras perlantikan dan mengawasi perkhidmatan perunding serta menyelaras urusan penjualan tender dan sebut harga.

         

    Bahagian Bangunan

    1. Merancang dan mengurus pelaksanaan projek-projek pembangunan untuk 12 Kementerian.
    2. MMerancang dan menyelaras projek yang dilaksanakan oleh perunding dengan jabatan pelanggan serta mereka bentuk dan menyelaras kerja-kerja yang dikendalikan terus oleh jabatan.
    3. Menguruskan peruntukan projek-projek pembangunan dari kementerian-kementerian yang berkaitan.
    4. Memantau dan menyediakan laporan kemajuan projek-projek dalam perancangan dan pembinaan.

         

    Bahagian Jalan/Infrastruktur

    1. Merancang dan mengurus pelaksanaan projek-projek pembangunan untuk 7 Kementerian.
    2. Merancang dan menyelaras projek yang dilaksanakan oleh perunding dengan jabatan pelanggan.
    3. Merancang dan menyelaras projek yang dilaksanakan oleh perunding dengan jabatan pelanggan serta mereka bentuk dan penyelaras kerja-kerja yang dikendalikan terus oleh jabatan.
    4. Menyelaras kerja sebut harga yang dipanggil dan menjadi Penasihat Teknikal Jawatankuasa Perlantikan Perunding Peringkat Agensi.
    5. Menguruskan peruntukan projek-projek pembangunan dari Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pendidikan.
    6. Memantau dan menyediakan laporan kemajuan projek-projek dalam perancangan dan pembinaan.

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PAHANG
Tingkat 1, Wisma Belia Negeri Pahang,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
PAHANG DARUL MAKMUR

Emel: admphg@phg.icu.gov.my

Tel : 09-531 8333 
Faks : 09-531 8388

Aktiviti 2021
Mac
   Mesyuarat Pengarah-Pengarah ICU JPM Bilangan 3 Tahun 2021    Lawatan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 7) Dengan Kuarters Kampung Labu, Jerantut    Lawatan Projek Pembinaan Kuarters Bertingkat Di Taman Negara Pahang, Kuala Tahan, Jerantut    Lawatan Projek Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Di Bera, Pahang    Lawatan Projek Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bera, Pahang    Lawatan Projek Pembinaan Hospital Bera    Lawatan Projek Membina Jambatan Merentasi Sungai Pahang Dari Kg. Guai Ke Kg. Seberang Guai, Daerah Bera, Pahang    Lawatan Projek Naik Taraf Dan Baik Pulih Kompleks Rakan Muda Daerah Bera, Pahang    Lawatan Projek Menaiktaraf Dan Baikpulih Kompleks Rakan Muda Raub, Pahang    Lawatan Projek Kerja-Kerja Segera Bagi Mengatasi Masalah Kekeruhan Yang Tinggi Di Loji Rawatan Air Sg Semantan, Raub, Pahang    Lawatan Projek Kerja-Kerja Menaiktaraf Balai Bomba Dan Penyelamat Raub, Pahang    Projek Pembinaan Blok Tambahan 6 Bilik Darjah Dan Lain-Lain Kemudahan Di Sekolah Kebangsaan Satak, Raub, Pahang    Lawatan Projek Membina Sebuah Klinik Kesihatan Jenis 3 Dengan Kuarters Bandar Raub, Pahang    Lawatan Projek Membina Sebuah Bangunan Unit Hemodialisis Baru Di Hospital Raub, Pahang    Lawatan Projek Pembangunan Taman Awam Bentong, Pahang    Lawatan Projek Meroboh Dan Membina Semula Pejabat Tenaga Kerja Bentong, Pahang    Lawatan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Dengan Kuarters Karak, Pahang    Lawatan Projek Bekalan Air Karak, Bentong, Pahang    Lawatan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 7) dengan Kuarters di Kampung Temai, Pekan    Projek Pelaksanaan Pembinaan Blok Baharu Secara IBS Bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Acheh, Pekan, Pahang    Lawatan Projek Menaik Taraf Kompleks Sukan Komuniti Pekan, Pahang    Lawatan Projek Pembinaan Pejabat Jabatan Perhilitan Negeri Pahang    Lawatan Pemantauan Projek Dewan Utama Paya Besar, Kuantan, Pahang
Januari
Aktiviti 2020
Disember November Oktober Ogos Julai Jun Mei Mac Februari Januari

This is the default dialog which is useful for displaying information. The dialog window can be moved, resized and closed with the 'x' icon.