Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2020
Sesi Lawatan Kerja Pengarah PPN Pahang ke Kampung Luit, Maran

Sesi Lawatan Kerja Pengarah PPN Pahang ke Kampung Luit, Maran

Sekitar lawatan kerja YH Dato' Indera Pengarah PPN Pahang pada 10 Jun 2020 ke rumah warga dhaif di Kampung Luit, Maran iaitu Encik Ahmad Mustamam bin Mohamad Yassin dan Encik Mohamad Yasin bin Logam. Encik Ahmad Mustamam hanya tinggal di sebuah pondok atas tanah milik arwah datuknya yang dijadikan rumah sebagai tempat berteduh. keadaan pondok yang tidak dilengkapi dengan kemudahan air dan tandas menjejaskan kehidupan seharian beliau.

Lawatan diteruskan ke rumah Encik Mohamad Yasin yang didiami oleh beliau bersama anaknya yang merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dan menantunya beserta dua orang cucu. Rumah beliau mengalami kerosakan teruk pada struktur lantai dan beberapa struktur lain.

Perbincangan bersama wakil YB Ahli Parlimen Maran telah dipersetujui agar kedua-dua pemilik rumah ini diberi bantuan baikpulih rumah melalui peruntukan YB Ahli Parlimen Maran. YH Dato' Indera turut menyampaikan sedikit sumbangan dalam bentuk 'food basket' semasa sesi lawatan tersebut.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 10/06/2020

374 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PAHANG
Tingkat 1, Wisma Belia Negeri Pahang,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
PAHANG DARUL MAKMUR

Emel: admphg@phg.icu.gov.my

Tel : 09-531 8333 
Faks : 09-531 8388

Aktiviti 2020
Oktober Ogos Julai Jun Mei Mac Februari Januari