Berita Aktiviti 2019
ICU Gives Back PPN Pahang
Majlis ICU Gives back ini telah disempurnakan oleh YH Dato' Indera Hj. Zulkifli bin Hj. Yaacob, Pengarah Pembangunan Negeri Pahang bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan pada 16 Disember 2019. Semua warga PPN Pahang berasa gembira dan bersyukur serta berterima kasih di atas sumbangan yang amat bermakna ini. Diharap program seumpama ini akan diteruskan lagi dalam membantu meringankan perbelanjaan ibu bapa untuk persediaan persekolahan anak anak mereka. Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Nor Azri Zulfakar, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) dan juga YH Dato' Indera Hj. Zulkifli bin Hj. Yaacob dalam merealisasikan program yang amat bermakna ini.
Sumber : Seksyen Pengurusan dan Kewangan
Kemas kini 16/12/2019
734 Capaian