Program Kasih Siswa 2019 PPN Pahang
Program Kasih Siswa 2019 merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Didik Kasih (Dkasih) yang mendapat Peruntukan Khas YAB Timbalan Perdana Menteri. Sumbangan ini bertujuan untuk memberi insentif kepada pelajar golongan miskin sebanyak RM200.00 bagi menampung keperluan awal setelah selesai melaporkan diri di IPTA terpilih.
Program ini telah diadakan di Anjung Khazanah Alam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jengka, Pahang pada 20 November 2019. Sumbangan telah disampaikan oleh YH Dato’ Indera Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Pengarah Pembangunan Negeri Pahang. Seramai 17 orang pelajar dari UITM Cawangan Jengka telah terpilih bagi menerima insentif tersebut.
Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 21/11/2019
567 Capaian