Berita Aktiviti 2019
Program Kayuhan Santai Bulan Sukan Negara PPN Pahang
Program Kayuhan Santai 2019 telah diadakan pada 12 Oktober 2019 di Pantai Balok, Kuantan bersempena dengan Sambutan Bulan Sukan Negara yang disambut pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Program ini telah menarik penyertaan seramai 91 orang peserta yang terdiri daripada warga PPN Pahang, ahli keluarga serta komuniti setempat. Diantara pengisian program adalah aktiviti senamrobik, aktiviti kayuhan basikal dan beca, sukan petanque dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak turut diadakan bagi memeriahkan lagi program ini.
Sumber : Seksyen Pengurusan dan Kewangan
Kemas kini 14/10/2019
637 Capaian