Berita Aktiviti 2019
Majlis Aspirasi Merdeka 2019 PPN Pahang
Pada tanggal 5 September 2019 telah diadakan Majlis Aspirasi Merdeka 2019 PPN Pahang bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan Kuantan. Antara pengisian program ialah sesi perkongsian aspirasi merdeka oleh YH Dato' Indera Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Pengarah Pembangunan Negeri Pahang, nyanyian lagu patriotik oleh semua warga kerja PPN Pahang dan juga kumpulan koir PPN Pahang, persembahan puisi oleh saudara Zawawi bin Zakaria, sesi perkongsian aspirasi merdeka oleh beberapa warga PPN Pahang dan sesi kuiz kemerdekaan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Pahang. Program ini diakhiri dengan sesi fotografi semua warga PPN Pahang.
Sumber : Seksyen Pengurusan dan Kewangan
Kemas kini 06/09/2019
671 Capaian