Berita Aktiviti 2019
Program Kasih Ramadan 2019
Sepanjang bulan Ramadan bermula dari 9 hingga 30 Mei 2019, Pejabat Pembangunan Negeri Pahang telah menjalankan Program Ziarah Kasih Ramadan di setiap daerah dalam negeri Pahang seiring dengan ‘Program Inisiatif Baru Kesejahteraan Rakyat’. Program ini melibatkan seramai 282 Ketua Isi Rumah (KIR) eKasih dari seluruh daerah di negeri Pahang. Sumbangan berbentuk sedikit wang saku dan bakul makanan (food basket) kepada keluarga yang terlibat telah disampaikan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Pahang dan Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Pahang.
Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 31/05/2019
467 Capaian