Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Karnival Sukan Indoor ICU JPM 2019

Karnival Sukan Indoor ICU JPM 2019

Karnival Sukan Indoor ICU JPM 2019 buat pertama kalinya telah dianjurkan oleh PPN Pahang pada 19 hingga 21 April 2019 bertempat di Wisma Belia, Kuantan. Cadangan PPN Pahang menjadi tuan rumah diinspirasikan sendiri oleh YH Dato’ Indera Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Pengarah Pembangunan Negeri Pahang berdasarkan kepada ilmu dan pengalaman beliau yang pernah menjadi tonggak utama dalam penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang pada tahun 2012. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah, Menteri Luar Negeri merangkap Pengerusi MTNg Pahang. Karnival ini melibatkan 16 kontinjen yang terdiri daripada Ibu Pejabat ICU JPM, 14 PPN dan juga BPPB Pulau Pinang. Acara-acara sukan yang dipertandingkan dalam karnival ini adalah Bola Keranjang 3 on 3 VIP, Hoki VIP, Dart VIP, Renang, Petanque, Congkak, Dam Aji dan Dart.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pengurusan dan Kewangan
Kemas kini 22/04/2019

303 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI PAHANG
Tingkat 1, Wisma Belia Negeri Pahang,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
PAHANG DARUL MAKMUR

Emel: admphg@phg.icu.gov.my

Tel : 09-531 8333 
Faks : 09-531 8388

Aktiviti 2020
Ogos Julai Jun Mei Mac Februari Januari