Berita Aktiviti 2019
Lawatan Pemantauan Ke Projek Kuantan Waterfront Fasa 3, Kuantan (Mercu Teruntum)
Lawatan Pemantauan Ke Projek Kuantan Waterfront Fasa 3, Kuantan (Mercu Teruntum) bersama Pengarah Pembangunan Negeri Pahang pada 10 April 2019. Kuantan Waterfront Fasa III membabitkan pemanjangan laluan pejalan kaki dan pembinaan struktur menara beserta pelantar tinjau bergerak berketinggian 100 ke 110 meter. Rekabentuk merangkumi lobi, resepsi, kedai cenderahati, ruang servis dan M&E serta bahagian luar bangunan iaitu lanskap dan infrastruktur. Pembinaan Menara ini dijangka akan menyumbang kepada peningkatan kedatangan pelancong tempatan dan asing ke Bandar Kuantan dengan purata sebanyak 200 pelawat setiap hari atau 72,000 pelawat setahun. Di samping itu, ianya juga dapat memberi peluang kepada penduduk setempat untuk menjana ekonomi.
Sumber : Seksyen Pemantauan dan Pemantauan
Kemas kini 11/04/2019
522 Capaian