Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Perutusan Pengarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan

Laman web merupakan salah satu medium penting yang menjadi perantara untuk pelanggan berhubung dengan jabatan kerajaan. Ini memudahkan orang awam mahupun agensi kerajaan untuk mendapatkan maklumat tidak kira masa dan juga tempat. 

Secara ringkas, jabatan ini berperanan memantau projek-projek persekutuan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), Projek Khas, dan juga menyelaras program pembasmian kemiskinan. Perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan berintegriti berdasarkan Piagam Pelanggan ICU JPM selaras dengan slogan "Sayangi Malaysiaku" menjadikan laman web ini saluran yang terbaik untuk mencapai objektif tersebut. 

Kepada tuan/puan yang berurusan dengan pejabat ini, laman web ini turut menyediakan direktori pegawai dan borang maklumbalas dalam talian untuk membolehkan pihak tuan/puan berhubung dengan pihak kami. Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang maklumbalas/komen/cadangan daripada pihak tuan/puan sekiranya ada bagi meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan ini. 

Dengan ini, saya berharap agar pihak tuan/puan dapat memanfaatkan segala kemudahan dan maklumat dari laman web ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan "Selamat melayari Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan"

Sekian terima kasih. 

PPN NEGERI SEMBILAN SENTIASA BERKHIDMAT UNTUK SEMUA RAKYAT NEGERI DENGAN LEBIH BERHEMAH DAN MESRA

YBrs Tuan Haji Rahman bin Mohd Din

Pengarah Pembangunan Negeri Sembilan

1 Januari 2020


Mantan Pengarah Pembangunan Negeri
  1. DATO' MOHD SALLEH BIN YAAKUB                - 17 .01.2001 - 29.01.2001
  2. ENCIK RAMDZAN BIN HAJI CHALI                  - 30.01.2001 - 25.05.2005
  3. DATO' SERI HJ. MAT ALI BIN HASSAN             - 01.11.2006 - 31.12.2008
  4. DATO' HJ. MOHD BAHRUDIN BIN MAHFUZ   - 25.09.2009 - 12.07.2013
  5. DATO' HJ. RAWI BIN BAHAROM                      - 15.07.2013 - 02.05.2015
  6. ENCIK WAN RAZALI BIN WAN AWANG          - 08.06.2015 - 01.08.2016
  7. DATO' HJ. ALI BIN LUMAN                              - 26.09.2016 - 10.05.2019
  8. TUAN HAJI RAHMAN BIN MOHD DIN           - 11.05.2019 - KINI

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

Tingkat 5 , Blok C, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06 - 765 9945
Faks: 06 -763 8504