Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

[N.Sembilan] Sesi Penyerahan Insentif Program Kasih Siswa Tahun 2019

[N.Sembilan] Sesi Penyerahan Insentif Program Kasih Siswa Tahun 2019

Tarikh : 5 Februari 2020 (Rabu)
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Kolej Politeknik Port Dickson Negeri Sembilan
Turut hadir :

Kolej Politeknik Port Dickson
1. Encik Roslee Bin Yahya (Pengarah)
2. Dr Nor Haniza Binti Mohamad (Timbalan Pengarah Akademik)
3. Tuan Haji Mohd Asri Bin Sarbun (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Akademik)
4. Pihak Pengurusan Tertinggi Kolej

Pejabat Pembangunan Negeri Negeri Sembilan
1. Encik Zamrud Bin Yahya (Timbalan Pengarah)
2. Encik Ramizi Bin Umar (Penolong Pengarah)
3. Puan Zamilah Binti Zainal Abidin (Pembantu Perangkaan)
4. Encik Mohd Azree Bin Mohd Arif (Pembantu Perangkaan)

Program Kasih Siswa Tahun 2019 merupakan salah satu inisiatif di bawah inisiatif didik Kasih (dKasih) bagi tahun ini yang telah mendapat Peruntukan Khas YAB TPM bertujuan untuk memberi insentif kepada pelajar golongan miskin bagi menampung keperluan awal setelah selesai melaporkan diri di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang telah ditawarkan. Penerima yang menerima insentif ini adalah dikalangan yang berdaftar dengan sistem eKasih.

Sesi penyerahan ini disempurnakan oleh Pengarah Kolej Politeknik Port Dickson - En. Roslee Bin Yahya bersama Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Negeri Sembilan- En.Zamrud Bin Yahya. Seramai 8 dari 10 penerima berjaya diserahkan insentif wang tunai dalam majlis ini dan 2 penyerahan di luar majlis atas faktor urusan akademik. Majlis penyerahan ini selesai pada pukul 1.30 tengahari.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pembasmian Kemiskinan
Kemas kini 20/02/2020

464 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

Tingkat 5 , Blok C, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06 - 765 9945
Faks: 06 -763 8504