Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

[Negeri Sembilan] Taklimat Pengenalan dan Latihan Perkhidmatan MyGovUC

[Negeri Sembilan] Taklimat Pengenalan dan Latihan Perkhidmatan MyGovUC

Tarikh : 18 Februari 2020 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan Negeri, Wisma Negeri
Fasilitator Taklimat : Encik Mohd Riszafiq Bin Sugiri, Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI) ICU JPM.

Pusat Bank Data Negara dan Inovasi (NADI) ICU JPM telah mengadakan satu sesi Taklimat Pengenalan dan Latihan Perkhidmatan MyGovUC bagi memberi pendedahan kepada warga ICU JPM di Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) sebelum penggunaan sebenar yang dijangka akan digunakan bermula 13 Mac 2020. MYGovUC dilaksanakan sebagai langkah penjimatan kos melalui komunikasi yang diintegrasikan secara kolaboratif yang mana semua sektor awam di Malaysia boleh berhubung dan menjayakan sesuatu projek melalui sistem komunikasi yang ditawarkan oleh MyGovUC.

6 manfaat MyGovUC
  1. MyGovUC dijamin selamat untuk digunakan yang mana ia dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.
  2. MyGovUC adalah sebahagian daripada perkhidmatan sistem cloud kerajaan yang diletakkan di dalam Pusat Data Sektor Awam yang menggunakan perkhidmatan rangkaian MyGov*Net.
  3. Penggunaan anti-spam dan antivirus dilaksanakan untuk menapis kandungan e-mel dan menangkis virus serta kod perosak.
  4. Penjimatan kos pengurusan ICT.
  5. Penerapan inisiatif teknologi hijau.
  6. Peningkatan kecekapan urusan komunikasi.

Taklimat diakhiri dengan pemberian cenderahati dan sesi jawab kuiz (beserta hadiah) kepada hadirin yang terlibat.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Unit IT, Seksyen Pengurusan dan Kewangan
Kemas kini 18/02/2020

403 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

Tingkat 5 , Blok C, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06 - 765 9945
Faks: 06 -763 8504