Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

[Negeri Sembilan] Sesi Lawatan Tapak Bil 2/2020 di Pejabat MAINS.

[Negeri Sembilan] Sesi Lawatan Tapak Bil 2/2020 di Pejabat MAINS.

Tarikh: 5 Februari 2020 (Rabu)
Tempat: Aras 8 dan Aras 9, Bangunan MAINS.

Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan yang kini beroperasi di Bangunan Wisma Negeri, sedang dalam proses perpindahan lokasi ke pejabat baharu iaitu di Aras 8 dan Aras 9, Bangunan MAINS, Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan. Proses perpindahan pejabat ini sedang diuruskan oleh Seksyen Pengurusan PPNNS dengan kerjasama pihak JKR, NADI ICUJPM, GITN, Telekom dan kontraktor dilantik. Pejabat PPNNS akan beroperasi sepenuhnya di Bangunan MAINS pada 17 Jun 2020.

Sesi lawatan tapak kali ini membincangkan skop/tugas terperinci berkenaan Bilik Server PPNNS yang baharu dari segi kelengkapan infrastruktur ICT termasuk rangkaian dan keselamatan khususnya server dan peralatan perhubungan yang lain.

Sesi lawatan tamat pada jam 12.30 tengahari.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pengurusan
Kemas kini 10/02/2020

468 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

Tingkat 5 , Blok C, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06 - 765 9945
Faks: 06 -763 8504