Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

[Negeri Sembilan] Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Di Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2020

[Negeri Sembilan] Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Di Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2020

Tarikh : 28 Januari 2020 (Selasa)
Masa : 8.15 pagi
Tempat : Bilik Tetamu, Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Di Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2020 telah diadakan pada 28 Januari 2020 (Selasa) pada 8.15 pagi di Bilik Tetamu, Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan. Pelantikan ini adalah selaras dengan Arahan No. 1 2020 Mekanisme Penyelarasan Pelaksanaan Pembangunan Negara yang bertujuan menambah baik mekanisme penyelarasan perancangan, pelaksanaan dan penilaian program/ projek di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) serta inisiatif- inisiatif semasa Kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.

Penyerahan watikah pelantikan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Seramai tujuh (7) orang pengerusi yang telah dilantik terdiri daripada Exco Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Tujuh (7) JTPD iaitu Seremban, Jempol, Port Dickson, Tampin, Kuala Pilah, Rembau dan Jelebu. Sesi taklimat pelaksanaan JTPD telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Pengarah Pembangunan Negeri, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Negeri Sembilan.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pemantauan dan Penilaian
Kemas kini 30/01/2020

816 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

Tingkat 5 , Blok C, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06 - 765 9945
Faks: 06 -763 8504