Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

ICU Gives Back

ICU Gives Back

Majlis dengan slogan ICU Gives Back ini telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Disember 2019 di Dewan Taklimat di Ibu Pejabat ICU JPM Putrajaya. Majlis telah berlangsung dengan meriah di mana semua warga kerja ICU JPM seluruh negara turut sama mendengar dan melihat majlis perjumpaan ini secara langsung menerusi FB Live. “Setelah lama ICU memberi kepada orang ramai, sampai kita lupa keluarga yang ada dalam ICU ni. Jadi, sudah tiba masanya kita beri kepada keluarga kita untuk persediaan sekolah anak-anak”, begitu ujar YBhg. Datuk Nor Azri Zulfakar, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) pada Perjumpaan Warga ICU JPM Bersama Ketua Pengarah.

Tujuan majlis diadakan adalah untuk memberi sumbangan kepada warga kerja yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah di peringkat rendah dan menengah.

Majlis telah disempurnakan dengan simbolik awal penyerahan sumbangan oleh Ketua Pengarah kepada pegawai gred 48 seramai 17 orang di Ibu Pejabat. Seterusnya sesi penyerahan sumbangan daripada Timbalan-timbalan Ketua Pengarah kepada semua kakitangan ICU JPM Ibu Pejabat.  Sesi penyerahan sumbangan kepada warga ICU JPM di peringkat negeri turut dilakukan secara serentak oleh Pengarah di negeri masing-masing sejurus selesai simbolik penyerahan sumbangan oleh Ketua Pengarah.

Di Negeri Sembilan, majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Rahman bin Mohd Din di Bilik Mesyuarat PPNNS. Semua warga PPNNS berasa gembira dan bersyukur serta berterima kasih kepada Tuan Pengerusi SDO dan pihak pengurusan tertinggi ICU JPM terutama YBhg. Datuk Ketua Pengarah.

Pemberian sumbangan seumpama ini diharap akan diadakan lagi dalam membantu meringankan perbelanjaan ibu bapa untuk persediaan persekolahan anak anak.Terima kasih Datuk Ketua Pengarah ICU JPM atas pemberian berharga ini!

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pengurusan
Kemas kini 16/12/2019

343 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

Tingkat 5 , Blok C, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06 - 765 9945
Faks: 06 -763 8504