Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-62

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-62

31 Ogos (Sabtu) - Saban tahun tanggal 31 Ogos, warga PPN Negeri Sembilan tidak akan melepaskan peluang untuk sama-sama meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Sembilan. Pada tahun 2019, seramai 32 orang warga PPN Negeri Sembilan telah menyertai perarakan Hari Kemerdekaan di hadapan Padang Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan.Sambutan berkenaan turut dimeriahkan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.
Secara keseluruhannya perarakan disertai 5,000 peserta mewakili 104 kontinjen serta perarakan aset pasukan keselamatan unit beruniform.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber :
Kemas kini 31/08/2019

305 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

Tingkat 5 , Blok C, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06 - 765 9945
Faks: 06 -763 8504