Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program Back to School Tahun 2019

Program Back to School Tahun 2019

24 November (Ahad) - Program Back to School merupakan salah satu aktiviti tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan PPNNS bersama badan-badan Korporat terpilih sejak tahun 2018. Program ini merupakan program pemberian bantuan barangan keperluan persekolahan kepada anak-anak peserta eKasih yang merupakan kelompok masyarakat berpendapatan rendah B40. Penglibatan sektor swasta merupakan pemangkin kepada kejayaan program seumpama ini. Dalam program ini, seramai lebih kurang 71 orang anak-anak peserta eKasih daripada 24 buah keluarga telah menerima sumbangan bantuan persekolahan. Antara badan-badan korporat yang memberi sumbangan adalah Mydin, Mc Donald, PRUBSN, Majlis Perbandaran Seremban, Bank Muamalat dan Marrybrown. Antara objektif utama program ini adalah untuk mengurangkan bebanan ibu bapa dan penjaga yang berada pada paras kemiskinan untuk persediaan anak-anak ke alam persekolahan tahun 2020. Terima kasih kepada semua urusetia program kerana melaksanakan program ini dengan baik dan lancar.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pengurusan
Kemas kini 24/11/2019

298 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

Tingkat 5 , Blok C, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06 - 765 9945
Faks: 06 -763 8504