Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Perhimpunan bersama warga kerja PPNNS Bil 3/2019

Perhimpunan bersama warga kerja PPNNS Bil 3/2019

25 Julai (Khamis) - Perhimpunan bersama warga PPNNS telah diadakan di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Negeri, Negeri Sembilan pada jam 9.00 pagi dan telah dihadiri oleh semua kakitangan pejabat. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Ramizi Bin Umar, nyanyian lagu Negaraku dan ucapan YBrs. Tuan Haji Rahman Bin Mohd Din, Pengarah Pembangunan Negeri. Penyampaian ucapan oleh YBrs Tuan Haji Rahman telah menyentuh isu-isu peraturan pekerja, sifat amanah, telus & tepat. Selain itu, kakitangan dinasihatkan untuk sentiasa menjaga tingkah laku di tempat awam. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian taklimat bertajuk Waktu Bekerja Fleksibel yang disampaikan oleh Seksyen Pengurusan sebagai peraturan yang akan berkuat kuasa. Pengisian ilmu turut disertakan dengan menjemput Al Fadil Ustaz Mohamad Faizal Bin Kamis dari IPG Bandar Baru Bangi bertajuk "Pengertian Korban dan Kemerdekaan Dalam Aspek Kehidupan Seharian". Majlis juga turut meraikan Majlis Sambutan Hari Lahir Warga Kerja PPNNS yang lahir pada Bulan April hingga Jun.Majlis selesai pada jam 1.00 petang.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pengurusan
Kemas kini 25/07/2019

333 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

Tingkat 5 , Blok C, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06 - 765 9945
Faks: 06 -763 8504