Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program Kasih Siswa Tahun 2019

Program Kasih Siswa Tahun 2019

14 November (Khamis) - Program Kasih Siswa Tahun 2019 merupakan salah satu inisiatif di bawah inisiatif didik Kasih (dKasih) bagi tahun ini yang telah mendapat Peruntukan Khas YAB TPM bertujuan untuk memberi insentif kepada pelajar golongan miskin bagi menampung keperluan awal setelah selesai melaporkan diri di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang telah ditawarkan. 
Seramai 34 pelajar telah dipilih bagi sesi kemasukan tahun 2019/2020  ke pusat pengajian tinggi sama ada di universiti, kolej komuniti dan Politeknik di seluruh Negeri Sembilan. Pemberian insentif adalah berupa wang tunai di mana penerima di peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda memperolehi  RM250  seorang manakala peringkat Pengajian Diploma memperolehi RM200 seorang.

Dari 34 penerima tersebut, seramai 13 orang pelajar adalah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 10 orang pelajar dari Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM, 10 orang pelajar dari Politeknik Port Dickson dan 1 orang pelajar dari Kolej Komuniti Jelebu.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pengurusan
Kemas kini 14/11/2019

357 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

Tingkat 5 , Blok C, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06 - 765 9945
Faks: 06 -763 8504