Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Bil 9/2019

Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Bil 9/2019

22 Oktober- Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Bil 9/2019 telah diadakan di Bilik Gerakan, Wisma Negeri, Negeri Sembilan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Aminuddin bin Harun. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua pengarah jabatan/agensi di Negeri Sembilan termasuklah wakil-wakil kementerian. Perkara utama yang menjadi agenda mesyuarat ialah melihat perkembangan isu-isu semasa termasuklah isu-isu pembangunan projek, keselamatan, kesihatan dan sosial.

Kerajaan Negeri Sembilan juga meneliti prestasi pencapaian kewangan dan mengenalpasti program-program yang berkesan demi meningkatkan pendapatan isi rumah di negeri ini. Selain itu, cadangan-cadangan pembaharuan yang boleh diusulkan juga diputuskan di dalam mesyuarat ini demi melahirkan sebuah negeri yang aman, maju, makmur dan sentosa.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pengurusan
Kemas kini 22/10/2019

310 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI NEGERI SEMBILAN

Tingkat 5 , Blok C, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Kadir
70503 Seremban
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tel : 06 - 765 9945
Faks: 06 -763 8504