Selamat datang ke Laman Web Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (PPN Melaka).
Laman web merupakan salah satu medium penting yang menjadi penghubung di antara Kerajaan dan Rakyat di Negeri Melaka (khususnya) terhadap perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang menjadikan dunia tanpa sempadan. Menerusi laman web ini, rakyat tempatan mampu untuk menembusi dunia informasi tanpa mengira lokasi dan tempat secara atas talian.
Sehubungan dengan itu, melalui laman web ini juga dipaparkan maklumat-maklumat berkenaan pelaksanaan & pemantauan program dan projek Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun Projek/ Program Pembasmian Kemiskinan di seluruh Negeri Melaka dan Projek Khas.
Kepada tuan/puan yang berurusan dengan pejabat ini, laman web ini turut menyediakan direktori pegawai dan borang maklumbalas dalam talian untuk membolehkan pihak tuan/puan berhubung dengan pihak kami. Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang maklumbalas/komen/cadangan daripada pihak tuan/puan sekiranya ada bagi meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan ini.
Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi PPN Melaka. PPN Melaka sedia memberi khidmat kepada semua.
Kapal Dagang Dari Seberang,
Sarat muatan kayu meranti,
Dari jauh tuan puan datang,
Kami di Melaka sedia menanti
PINTAR, HIJAU, BERSIH
YBrs Tuan Mohamad Azhar Bin Saleh
Pengarah Pembangunan Negeri Melaka
1 Januari 2020
- YM TENGKU ALI BIN TENGKU YUSOF -14 .10.1969 - 14.07.1971
- ENCIK IKRAM BIN JAMALUDDIN -15.07.1971 - 02.03.1973
- ENCIK KAMARUDIN BIN ABDUL KADIR -03.03.1973 - 31.01.1977
- ENCIK FAUZI BIN ABD. RAHMAN -02.02.1977 - 17.02.1980
- ENCIK LUGIMAN BIN ABU SEMAN -26.06.1980 - 09.04.1982
- ENCIK SABIHIN BIN RADIMAN -15.04.1982 - 30.10.1987
- ENCIK MOHD JAMIL BIN MUKMIN -01.12.1987 - 31.05.1994
- TUAN HAJI LUGIMAN BIN ABU SEMAN -01.06.1994 - 15.12.1997
- ENCIK MUHAMAD RAFIAI BIN HAJI MOKTAR -02.01.1998 -16.10.2001
- ENCIK ABD. RAHMAN BIN ULANG @ WELLANG -01.11.2001 - 10.03.2002
- TUAN HAJI BAKAR BIN HJ. ABDULLAH - 16.12.2002 - 10.03.2006
- YBHG. DATUK ALIAS BIN MD SAAD - 01.05.2006 - 22.07.2007
- YBHG. DATUK MOHD YAZID BIN RAMLI -18.09.2007 - 30.09.2011
- YBHG. DATO' HJ. ISMAIL BIN HAMAD -01.10.2011 - 30.11.2014
- YBRs. TUAN MOHAMAD AZHAR BIN SALEH -02.01.2015 HINGGA KINI