Berita Aktiviti 2020
Bengkel Pemantapan Bancian Isi Rumah Miskin Tahun 2020
Satu Bengkel Pemantapan Isi Rumah Miskin (BIRM) Tahun 2020 telah diadakan oleh Seksyen Kesejahteraan Rakyat, Pejabat Pembangunan Negeri Melaka pada 14 September 2020. Ianya bertujuan memantapkan lagi pemahaman berkaitan proses verifikasi dan pemutihan data eKASIH di lapangan. Objektif utama bengkel ini adalah bagi memahirkan pemabnci dengan penggunaan borang yang baru dan sistem baru yang telah dijemput iaitu Encik Ismail Bin Roslan dan Encik Syed Ayub Bin Syed Mohideeen bagi menjayakan bengkel ini. Turut hadir daripada Ibu Pejabat, iaitu Encik Badrul Hisham Bin Md Khalid serta wakil dari Pejabat Pembangunan Negeri Sembilan iaitu Puan Zamilah Binti Zainal Abidin dan Encik Azfar Zahin Bin Amzah juga dijemput bagi sama-sama menyertai bengkel ini.
Sumber : Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 18/09/2020
183 Capaian