Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2020
Lawatan YBhg. Datuk Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Kerja Pejabat Pembangunan Negeri Melaka

Lawatan YBhg. Datuk Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Kerja Pejabat Pembangunan Negeri Melaka

Pada 12 Februari 2020, Datuk Nor Azri bin Zulfakar, Ketua Pengarah ICU JPM elah mengadakan lawatan dan pertemuan bersama warga PPN Melaka. Dalam lawatan tersebut YBhg. Datuk telah dibawa melihat kerja-kerja pengubahsuaian ruang pejabat di PPN Melaka yang telah siap sepenuhnya. Ybhg. Datuk berpuas hati terhadap kerja-kerja yang telah dilakukan dan berharap agar warga PPN Melaka dapat memastikan semua aset-aset baru ini dijaga dengan sebaik mungkin serta digunakan dengan optimum.

Semasa pertemuan bersama warga PPN Melaka, YBhg. Datuk telah menyampaikan beberapa amanat penting dalam ucapan beliau. Antaranya ialah menyemai semangat berpasukan untuk mencapai visi organisasi. YBhg Dauk juga menerangkan betapa pentingnya bekerja dalam satu pasukan kerana setiap individu itu mempunyai kemahiran yang berbeza dan ia saling melengkapi apabila kerja berpasukan itu dilaksanakan. Sekaligus ia akan mencipta keseronokan bekerja dan memupuk semangat cintakan organisasi kita.

Lawatan YBhg. Datuk telah diakhiri dengan jamuan bersama warga PPN Melaka di Bilik Kesidang, Seri Negeri.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pengurusan
Kemas kini 17/02/2020

587 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA 
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras Bawah & Aras 1, Blok Laksamana Seri Negeri,
Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh,
75450 MELAKA.

Tel : 06 - 3333 333
Faks : 06-2328 570