Melaka Aktifkan Pelan Tindakan Jerebu
Melaka, 10 September 2019, Melaka Aktifkan Pelan Tindakan Jerebu Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka mengaktifkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan Negeri selepas dua stesen pengawasan kualiti udara mencatatkan status kualiti tidak sihat.
Pelan tindakan itu dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Neger, Datuk Hasim Hasan dan turut melibatkan beerapa agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka En Rosli Osman berkata, kawasan Bukit Rambai dan Alor Gajah menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi IPU 100 bermula 11 pagi dan dianggap sebagai status amaran awal satu manakala Bandaraya Melaka menunjukkan IPU 98.
Sumber : Sinar Harian 12.9.19
Kemas kini 12/09/2019
499 Capaian