Skim Kad Peduli Kesihatan diedar Februari depan
Rakyat berpendapatan di bawah 40 peratus (B40) bakal menikmati skim kad kesihatan percuma yang dijangka mula diedarkan Februari depan. Ketua Menteri, Adly Zahari berkata kerajaan negeri ketika ini sedang memutuskan kaedah terbaik untuk mengenal pasti kumpulan sasar yang layak.
"Awal Februari dah boleh mula, modelnya dibawah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dimana,setiap keluarga B40 akan menerima sejumlah RM300 hingga RM500 berdasarkan bilangan ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. "Dan jumlah yang diberikan itu adalah peruntukan kesihatan untuk setahun yang mana (dikira) RM50 bagi setiap perkhidmatan (rawatan di klinik)," katanya.
Sementara itu, Melaka juga mensasarkan RM120 juta kutipan zakat tahun ini, selepas merekodkan kutipan RM98.8 juta berbanding RM95 juta sasaran tahun lepas.
Sumber : Melaka Kini Edisi 10 Januari - 16Januari 2020
Kemas kini 13/01/2020
493 Capaian