Azam lebih cemerlang pada 2020
Ketua Menteri, Adly Zahari meletakkan keazaman yang tinggi untuk menjadikan negeri Hang Tuah itu lebih terus cemerlang pada 2020. " Inilah masanya untuk kita terus maju dan mara ke hadapan, ketepikan perbezaan, ayuh kita cari titik persamaan demi mengekalkan keharmonian ini. Teruskan membantu dan membela nasib mereka yang memerlukan," katanya dalam perutusan Tahun Baharu 2020.
Dalam pada itu, Adly menyifatkan 2019 sebagai tahun cemerlang apabila Kerajaan Melaka berjaya melunaskan 70 peratus daripada janji manifestonya selepas dipilih untuk mentadbir negeri inipada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.Sumber : Melaka Kini
Kemas kini 31/12/2019
481 Capaian