Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti 2020
Kursus ePerolehan Dan Elaun Penjawat Awam

Kursus ePerolehan Dan Elaun Penjawat Awam

Kursus ePerolehan dan Elaun Penjawat Awam Tahun 2020 telah dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan dan Kewangan, Pejabat Pembangunan Negeri Melaka pada 12-13 Oktober 2020 bertempat di Hotel Hatten World Wide, Bandar Hilir, Melaka. Objektif utama kursus ini adalah bagi memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan Sistem ePerolehan, meningkatkan pengetahuan dan berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam menguruskan perolehan kerajaan. Selain itu, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai jenis-jenis elauan dan kemudahan penjawatan awam dalam kerajaan. Penceramah yang telah dijemput iaitu Puan Shabibah binti Bachok, Puan Nazlina binti Sabudin, Encik Mohd Haizan bin Kadis dan Puan Nur Adila binti Abdul Razak daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia Melaka bagi menjayakan kursus ini.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Seksyen Pengurusan
Kemas kini 19/10/2020

59 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA 
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras Bawah & Aras 1, Blok Laksamana Seri Negeri,
Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh,
75450 MELAKA.

Tel : 06 - 3333 333
Faks : 06-2328 570