Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Perutusan Pengarah

Selamat datang ke Laman Web Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (PPN Kelantan). Adalah menjadi hasrat pejabat ini untuk menjadi penghubung di antara Kerajaan dan Rakyat terhadap perkembangan teknologi informasi dan komunikasi yang menjadikan dunia tanpa sempadan. Menerusi laman web ini, rakyat mampu untuk menembusi dunia informasi tanpa mengira lokasi dan tempat tinggal secara atas talian. 
Sehubungan itu, melalui laman web ini juga dipaparkan maklumat-maklumat berkenaan pelaksanaan & pemantauan program dan projek Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun, Projek/program Pembasmian Kemiskinan di seluruh Negeri Kelantan dan Projek Khas.
Justeru, saya berharap agar dengan adanya laman web ini, ianya dapat dimanfaatkan bersama oleh segenap lapisan masyarakat khususnya rakyat dan agensi–agensi Kerajaan di Negeri Kelantan yang ingin mengenali atau mendapatkan maklumat berkaitan pejabat ini. 
Akhir kata, selamat melayari Laman Web Rasmi PPN Negeri Kelantan.
PPN Kelantan sedia memberi khidmat kepada anda.


Pegawai Pembangunan Negeri Kelantan
Januari 2020

Mantan Pengarah Pembangunan Negeri
1. YBHG. TAN SRI DATO' SERI MOHAMED NOOR BIN ABDUL RAHIM   16 JANUARI 1991 – 24 NOVEMBER 1993
2. TN. HJ. ANIS BIN AJMAL MOHD  01 SEPTEMBER 1994 – 31 SEPTEMBER 1997
3. YBHG. DATO' AZMAN BIN ABDUL RASHID 16 OKTOBER 1997 – 31 MEI 1999
4. YBHG. DATO' RAMLI BIN ABD. RAHMAN 01 JUN 2000 – 15 JULAI 2003
5. YBHG. DATUK HJ. IBRAHIM BIN HJ. JUSOH 01 OGOS 2003 – 21 MEI 2005
6. YBHG. TAN SRI SHUKRY BIN MOHD SALLEH  22 MEI 2005 – 24 SEPTEMBER 2009
7. YBHG. DATO' MAKHTAR BIN MUSTAPHA 16 OKTOBER 2009 – 23 MEI 2017
8. YBHG. DATO' HJ. YAHAYA BIN MAMAT 24 MEI 2017 – 23 APRIL 2018

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN

PT 1286, Bandar Baru Tunjong,
Lebuhraya Pasir Mas - Salor
16010 Kota Bharu
KELANTAN DARUL NAIM

Tel : 09 -7455000
Faks : 09 - 7481989 / 7486990 / 7462810 / 7477187