Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program uKasih – Pemadanan Pekerjaan Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, ICU JPM

Program uKasih – Pemadanan Pekerjaan Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, ICU JPM

KOTA BHARU, KELANTAN 06 JULAI 2019 - Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (PPNK) ICU JPM telah mengadakan Program uKasih – Pemadanan Pekerjaan dengan kerjasama Jobs Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kelantan pada 6 Julai 2019. Program yang diadakan di UTC ini melibatkan 100 peserta yang terdiri dari Ahli Isi Rumah (AIR) dan peserta-peserta eKasih. Terdahulu, peserta-peserta yang terlibat telah menghadiri sesi taklimat dan pendaftaran akaun email Jobs Malaysia pada 23 April 2019 yang diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan, ICU JPM.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Mahfuz Omar. Jobs Malaysia Negeri Kelantan telah menjemput sebanyak 19 syarikat bagi menyertai program ini. Kehadiran keseluruhan program ini adalah dianggarkan 2,500 orang.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Bahagian Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 14/07/2019

1416 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN

PT 1286, Bandar Baru Tunjong,
Lebuhraya Pasir Mas - Salor
16010 Kota Bharu
KELANTAN DARUL NAIM

Tel : 09 -7455000
Faks : 09 - 7481989 / 7486990 / 7462810 / 7477187