Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program I Care For U – Majlis Berbuka Puasa Perdana Bersama Masyarakat Orang Asli

Program I Care For U – Majlis Berbuka Puasa Perdana Bersama Masyarakat Orang Asli

TEMPAT : DEWAN JUBLI PERAK RPS KUALA BETIS, GUA MUSANG GUA MUSANG

KELANTAN 20 MEI 2019 - Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) dengan kerjasama Bahagian Dakwah, Cawangan Kefahaman Islam, Seksyen Orang Asli, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Negeri Kelantan telah menganjurkan Program I Care For You – Majlis Berbuka Puasa Perdana Bersama Masyarakat Orang Asli.

Majlis ini telah dihadiri hampir 500 orang masyarakat Orang Asli. Majlis ini juga turut menyaksikan pengislaman 5 orang anak-anak Orang Asli. YABrs. Pengarah JPPK, Encik Amir Zakri bin Mahmad Mahyidin turut menyempurnkaan pengucapan kalimah syahadah bersama Pegawai Dakwah JAKIM.

Selain itu, YABrs. Pengarah JPPK telah menyampaikan bantuan food basket kepada 17 orang Orang Asli yang terpilih di bawah Program I Care For You dalam membantu meringankan beban mereka menghadapi bulan puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Bahagian Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 30/05/2019

354 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN

PT 1286, Bandar Baru Tunjong,
Lebuhraya Pasir Mas - Salor
16010 Kota Bharu
KELANTAN DARUL NAIM

Tel : 09 -7455000
Faks : 09 - 7481989 / 7486990 / 7462810 / 7477187