Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program Kasih Ramadhan Negeri Kelantan

Program Kasih Ramadhan Negeri Kelantan

KELANTAN 6 MEI 2019 - 5 JUN 2019 (RAMADHAN 1440 H) - ICU JPM dengan kerjasama Bank Muamalat telah mengadakan Program Kasih Ramadhan sepanjang bulan Ramadhan Tahun 2019. Melalui Program ini Bank Muamalat telah menyalurkan dana sebanyak RM12,000 bagi pengagihan food basket kepada 60 peserta eKasih Negeri Kelantan. Peserta-peserta yang terpilih adalah meliputi keseluruhan daerah di Negeri Kelantan.

Sepanjang program ini dijalankan, jabatan ini telah mengenalpasti bantuan-bantuan yang diperlukan oleh peserta-peserta terlibat. Antara bantuan-bantuan yang diperlukan oleh peserta Kasih Ramadhan adalah Program Bantuan Rumah (Bina Baru / Baikpulih Rumah) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Program Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bantuan-bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan lain-lain.

Nama-nama peserta yang memerlukan bantuan ini telah diangkat kepada Kementerian / Jabatan / Agensi yang berkenaan.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Bahagian Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 10/06/2019

469 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN

PT 1286, Bandar Baru Tunjong,
Lebuhraya Pasir Mas - Salor
16010 Kota Bharu
KELANTAN DARUL NAIM

Tel : 09 -7455000
Faks : 09 - 7481989 / 7486990 / 7462810 / 7477187