Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Majlis Penyerahan Kad PruBSN Mikrotakaful Jariyah Dan Pendaftaran iSuri eKasih (Miskin Tegar) Jajahan Machang

Majlis Penyerahan Kad PruBSN Mikrotakaful Jariyah Dan Pendaftaran iSuri eKasih (Miskin Tegar) Jajahan Machang

MACHANG, KELANTAN 30 APRIL 2019 - Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) dengan kerjasama pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daerah Machang telah mengadakan Majlis Agihan Dan Penyerahan Manfaat PruBSN Microtakaful Jariyah bagi penerima Jajahan Machang dan juga pendaftaran peserta iSuri Jajahan Machang bertempat di Dewan Majlis Daerah Machang, Machang, Kelantan . Majlis ini juga turut dihadiri wakil dari Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Negeri Kelantan dan juga Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan.

Seramai 7,430 orang peserta ekasih Negeri Kelantan telah terpilih menerima manfaat perlindungan takaful sekaligus meletakkan Kelantan sebagai penerima terbesar skim tersebut dengan 364 penerima adalah dari Jajahan Machang. Daripada 364 penerima manfaat PruBSN, 119 daripadanya adalah merupakan peserta iSuri.

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Bahagian Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 02/05/2019

455 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN

PT 1286, Bandar Baru Tunjong,
Lebuhraya Pasir Mas - Salor
16010 Kota Bharu
KELANTAN DARUL NAIM

Tel : 09 -7455000
Faks : 09 - 7481989 / 7486990 / 7462810 / 7477187