Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Majlis Agihan Dan Penyerahan Manfaat PruBSN Microtakaful Jariyah

Majlis Agihan Dan Penyerahan Manfaat PruBSN Microtakaful Jariyah

BACHOK, KELANTAN 28 FEBRUARI 2019 – Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) dengan kerjasama Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah mengadakan Majlis Agihan Dan Penyerahan Manfaat PruBSN Microtakaful Jariyah bagi penerima Daerah Bachok. Skim PruBSN ini adalah program pertama seumpamanya di Negara ini yang menyediakan perlindungan asas takaful keluarga bagi tempoh 12 bulan untuk golongan berpendapatan rendah yang terpilih (berdaftar dengan eKasih) dan layak secara percuma. Melalui program ini, penerima akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM10,000 sekiranya berlaku kematian ketua keluarga yang disalurkan terus ke akaun penerima.

Seramai 7,430 orang peserta ekasih telah terpilih menerima manfaat perlindungan takaful sekaligus meletakkan Kelantan sebagai penerima terbesar skim tersebut dengan 748 penerima adalah dari Jajahan Bachok.

Pada Majlis tersebut Encik Amir Zakri bin Mahmad Mahyidin, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan bersama-sama dengan Encik Nor Azman Zainal Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN telah menyampaikan wang pampasan sebanyak RM10,000 kepada 3 waris iaitu Puan Noryati binti Mohd, Puan Fazli Yana binti Ghazali dan Puan Nor Riza binti Mohd Nor.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Bahagian Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 28/02/2019

473 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KELANTAN

PT 1286, Bandar Baru Tunjong,
Lebuhraya Pasir Mas - Salor
16010 Kota Bharu
KELANTAN DARUL NAIM

Tel : 09 -7455000
Faks : 09 - 7481989 / 7486990 / 7462810 / 7477187