Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau & Rangkaian Paip Pembentungan di Kota Setar

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau & Rangkaian Paip Pembentungan di Kota Setar

Alor Setar, 4 Julai 2020 - Lawatan Kerja YBhg Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengadakan lawatan kerja ke Negeri Kedah. Antara projek yang dilawati adalah Projek Pembinaan Logi Rawatan Kumbahan Serantau & Rangkaian Paip Pembentungan di Kota Setar yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan. Lawatan yang turut disertai oleh YBhg. Datuk Nor Azri Zulfakar, Ketua Pengarah ICU JPM, YBrs. Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Pengarah PPN Kedah adalah bertujuan untuk meninjau permasalahan yang dihadapi oelh agensi pelaksana untuk menyiapkan projek.

Projek yang menelan kos sebanyak RM 238.8 juta itu dijangka akan disiapkan pada Januari 2022 dan sehingga tarikh lawatan kemajuan fizikal projek adalah sebanyak 30.41% berbanding yang dijadualkan iaitu 49.42%.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Syadri Bin Man
Kemas kini 06/07/2020

309 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KEDAH
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Aras 1, Fasa 1, Zon C
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Mu'adzam Shah
06550 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN

Tel : 04-7209236
Faks : 04-7209248