Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke Projek Pembinaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah / Sungai Anak Bukit (Pakej 2)

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke Projek  Pembinaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah / Sungai Anak Bukit (Pakej 2)

Alor Setar - Lawatan Kerja YBhg. Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke projek Pembinaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Sungai Anak Bukit (Pakej 2) telah diadakan pada 4 Julai 2020 (Sabtu), jam 9.00 pagi. Lawatan tersebut turut disertai oleh YBhg. Datuk Nor Azri Zulfakar, Ketua Pengarah ICU JPM, YBrs. Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Pengarah PPN Kedah dan YBrs. Ir. Hj. Md Khuzai Hussain, Pengarah JPS negeri Kedah.

Lawatan ke projek yang menelan kos kira-kira RM 132 juta ini adalah bagi memantau dengan lebih dekat output serta outcome projek tersebut yang bakal memberi manfaat kepada rakyat negeri Kedah dalam menangani masalah banjir di kawasan Alor Setar dan sekitarnya.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mohd Shahrizan bin Ismail
Kemas kini 06/07/2020

274 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KEDAH
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Aras 1, Fasa 1, Zon C
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Mu'adzam Shah
06550 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN

Tel : 04-7209236
Faks : 04-7209248