Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Program Ziarah kasih Bersama YAB Menteri Besar Kedah

Program Ziarah kasih Bersama YAB Menteri Besar Kedah

Jerlun, Kedah - Program Ziarah Kasih ICU JPM bersama YAB. Menteri Besar Kedah di Kampung Tandop Kedabu, Jalan Kuala Jerlun, Jerlun telah diadakan pada 09 Januari 2020, Khamis.

YAB Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir menziarahi dan menyantuni keluarga Abdullah Hamid, 72 Tahun. Abdullah Hamid bekerja sebagai peniaga udang di pasar pagi sekitar Ayer Hitam, Jerlun dengan pendapatan anggaran sekitar RM500.00 sebulan. Kini beliau menetap bersama Isteri, Anak, Menantu dan 5 orang cucu.

Pagi ini beliau menerima sumbangan bakul makanan, tong kedap ais dan pelantar motosikal daripada YAB MB malah, rumah saudara Abdullah juga akan dibaik pulih. Bantuan yang telah diterima beliau adalah Bantuan Orang Tua (BOT) daripada JKM sebanyak RM350.00 sebulan serta bantuan Rebat TNB RM40.00 sebulan.

Hadir bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Pembasmi Kemiskinan, YB. Hajah Halimaton Shaadiah Saad, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah (ICU JPM), Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Azmi Abd. Karim, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato' Haji Mohd. Fisol Md. Noh serta wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah dan pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu.
GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mazlyana Binti Ramli - Seksyen Kesejahteraan Rakyat
Kemas kini 15/01/2020

596 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KEDAH
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Aras 1, Fasa 1, Zon C
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Mu'adzam Shah
06550 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN

Tel : 04-7209236
Faks : 04-7209248