Bagaimana kami boleh membantu anda ?
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri
Berita Aktiviti

Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA)

Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA)

Sesi penyerahan surat setuju terima (SST) bagi projek-projek seliaan Pejabat Pembangunan Negeri kedah telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Pembangunan Negeri Kedah. Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, Dr. Haji Megat Sany Bin Megat Ahmad Supian kepada kontraktor-kontraktor yang telah berjaya. Projek-projek tersebut adalah seperti berikut;

  1. Kerja Memperbaiki Masjid Al Furqan, Kampung Kuala Kangkong, Kedah;
  2. Kerja Menaiktaraf Sistem Elektrik & Mekanikal Di Masjid Permatang Gedong, Daerah Kuala Muda;
  3. Kerja Membaikpulih Bangunan Masjid Serta Kerja Berkaitan Di Masjid Permatang Gedong, Daerah Kuala Muda &
  4. Kerja Penambahbaikan Masjid Al-Wajdi, Bukit Selambau, Kedah

Projek-projek ini adalah merupakan projek yang telah diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali bagi tujuan memangkin sosial ekonomi penduduk setempat. Pejabat Pembangunan Negeri Kedah selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah rakyat untuk memastikan serta memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti & tepat pada masa sepertimana yang telah dijanjikan.

 

GALERI GAMBAR
Klik pada gambar untuk paparan sebenar

Sumber : Mohd. Nizam Bin Zainal Abidin, Seksyen Teknikal
Kemas kini 03/06/2019

665 Capaian

PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI KEDAH
Unit Penyelarasan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)
Aras 1, Fasa 1, Zon C
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Bandar Mu'adzam Shah
06550 Alor Setar
KEDAH DARUL AMAN

Tel : 04-7209236
Faks : 04-7209248